SABDA PONDAN

My photo
raub, Malaysia
How many people in this world look in the mirror every morning and feel inadequate and just, ugly? Yes, I am one of those people! What do you think about me? What do you see isn't the same with I had been through. Me, just me, and myself. A person who biologically borned male and it's a fact which it would never change. But, sometimes, I just love playing around with girls' stuff. Put some make up on my beautiful face or walking around with those extremely high heels. The fact that I am a man, well, I accept that, actually, I am living as a man with a woman's intelligent brain. How's that? Exciting right? The fact that I am a beauty with brain, I am not a transgender. Whatever you might have in your mind or you happened to utter, calling names, it just does not make me any more masculine or less feminine because, I am a woman by choice and a man by fate... if you can accept that, I can force you, it's your choice. A fat bitch struggling to be a skinny bitch.

Thursday, 23 January 2014

DENGAR KATA HATI...


Assalamualaikum hye uolsss..

Ni nak gossip sikit pasal manusia molot molot longkang ni. Tetiba teringat kan.Ceritanya start masa mak sedang bekerja uolsss. Kerja ape ? tak payah amik tau sangatlah mak kerja halal okey.. tu je yang penting…
Begini mulanya, tengah mak dok tonggeng terbalik berdiri duduk menyiapkan kerja , mak terdengar suara suara sumbang dok  mengata.. apa ek dia cakap “ kerja kerja macam ni memang senang bagi orang orang  macam ni buat diorang pandai! Kalau first dengar macam puji maklahkan tapi bila pandang muka orang yang cakap tuhh uihhhhhh celakssss!! Muka menganjing sangat uolss.  Panas hati tapi mak sabarkan jela.  Yela.. kita ni nak cari rezeki malas la carut kat orang sesuka hati kertu pulak tu tak setaraf okey…

Yang peliknya ape pasal la mentality diorang ni. Okey ape kita bekerja itu bukti yang orang orang macam tu boleh berdikari tak menyusahkan. Lagi satu yang penting walaupon mak buat kerja kerja macam tu  halal ye… kalau ya pun bidang ni selalunya golongan sesuatu yang menceburkan diri masalahnya kenapa kan?? Sekurang kurangnya berguna bakat yang allah taala tu bagi. Bukan duduk menyundal kat lorong pon…. Bukan nak angkat ekor sendiri uolss  atau nak pertahankan gologan golongan minority. Betul! diorang pon ade silap tapi jangan la diskriminasi sampai macam tu… entry mak ni pon bukan nak sokong mana mana pihak jauh sekali mengapi apikan mana mana pihak uolsss.. semuanya random. 

Come on people!!! Bukak minda sikit!…..

Tau tak sebab mentality macam ni la dah membunuh impian ramai orang okeyyy! So please la jangan menghukum begitu! Tak kuasa tau…


So bagi hadek hadek kat luar sana tu persetankan je semua tu, yang penting kita dengar ape yang menjerit dalam suara hati kita jangan dengar carut marut orang tu lagi pon umpat caci tu nyanyian terindah untuk orang orang yang berjaya.. mulai sekarang bercakaplah dan bertindak la ikut akal dan minda sendiri… kita ni bukan pantung cendana uolss, yang boleh kepit kehulu ke hilir asalkan tindak tanduk kita tidak menyimpang okey…

kusss.. semput mak, key la mak angkat kaki dulu uolss...

Wednesday, 22 January 2014

Monday, 20 January 2014

SALAH FAHAM!!

Assalamualikum…. muah kiri muah kanan !

Lets mengumpat uolsss!!! Hanjjjjjjj!!!! Baru lebih kurang seminggu  mak nak mentransformasikan  blog agung mak ni dah terima feedback carut carutan macam hanjjj menyalak uolss… dinchhhhhh….
Keji tau carut blog mak..

Ok baiklah disebabkan salah faham dah jadi macam ni mak war warkan la pada semua uolss, bahawa blog mak ni sebenarnya  clean bersih dan secuci air dikaki hokey dan takde unsur unsur ciplak pon!!..

So untuk hadek hadek baru, cik cik gayah coverina, sorry uolss blog mak bukan blog sundel ok!! Kaedahnye buat memana yang ada pemikiran macam tu  bawak bertaubatlah yerrr, blog mak ni bukan tempat melampiaskan napsu (nafsu) anyways blog mak bukan sarang bukak api ye…

Lagi satu sape cakap mak nak caras blog kaksenduk yang pemes meletop letop tu?? Blog mak dengan macam langit dengan bumi bezanya  ok!!  Dia tu cume ala ala insipirasi mak je hokey untuk jadi blogger yang lebih telus dengan ciri ciri diri sendiri k!! dia tu mak hayam legend dah uolss…so tak terlawan la dengan blog mak ni..
Oh ye satu lagi kalau ade banyak sangat bahasa bahasa yang uolss tak faham tak pe jangan risau lama kelamaan nanti uolss pasti akan faham  jugak, kalau tak pon nanti mak update satu entry khas untuk kamus edisi khas perkataan dan dan istilah istilah yang mak guna ok.
Sekian, mak angkat kaki dulu uolss….


Thursday, 16 January 2014

KELAHIRAN SEMULA!!!



Assalamualaikum uolss…  entry kali ni berkisar pasal cadangan mak nak “mentransformasi”kan blog mak ni kan. So ilham mak merepek ni apabila mak membalas komen  pade entry mak sebelum ni.. hahahahaha, yela noks kita tak baik bersangka buruk pada orang lain walaupon hakikat diorang buruk tahap petala ketujuh.  So ape kene mengena dengan transformasi blog?? Ermm saje je intro publicity murah nama nyehhh…
Kaedahnya kat sini mak nak ishtirarkan bahawa! Hamboiiii macam mak hayam nak naik takhta gitew..
Nak ishtiharkan pada semua followers (sujud sembah buat yang sudi follow), bahawa mulai detik ini transformasi blog mak sudah bermula.. buat yang baru nak baca and nak kenal kenal blog mak ni or yang dah lama follow tapi tak amik kesah  dan pernah terbaca carutan mak ni, kot kot ade yang tertanya kemana “scha” dah dah diganti dengan “mak”??
Untok pengetahuan semua bahawaa mak telah menukar kata nama “scha” itu kepada “mak” atas factor merasakan nama scha itu sangat hadek hadek!! jadi kata ganti mana “mak” ini dipilih kerana seiring dengan kematang mak berkecimpung dalam dunia blog ini… so ade yang musykil lagi?? Kalau ade telan je semua persoalan uolss tu mak tak kuasa nak layan hokey..
Lagi satu pada semua followers mulai hari ini mak akan panggil uolss  semua dengan panggilan “uolss” agar nampak lebih mesra gitew walaupon pelesu (palsu) semata mata…

So babai uolss mak angkat kaki dulu!!!

Wednesday, 8 January 2014

MURIDKU SUAMI AKU

Assalamualikum..
Dah lama scha tinggalkan hobi membaca novel ni so kali ni scha nak bagi sikit la review novel yang baru je scha habis baca chuolss..
cerita ni sangat seronak bagi scha la untuk orang lain tak sure tapi kalau nak tau scha cakap betol ke tak try la baca ok . sebab bila iolss baca fenfeeling sampai golek katil ok..
malas nak cerita penpanjang so kalau nak tau baca sendiri k... tak pon sila klik link >>>infolanjut...



sinopsis::Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Arinana selamanya.

Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanam itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Arianan dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua. 

Orang kata jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Arinan takut dan gerun pada Akmal yang macam samseng itu, kadangkala timbul rasa menyampah dalam hati Ariana. 

Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri?

Wednesday, 1 January 2014

BERMULA SEBUAH AL KISAH

ASSALAMUAIKUM W.B.T...

bermula la sebuah pengisahan yang baru dalam hidup. untuk enty pertama 2014 ini tak lain  tak bukan hanya kata kata doa sebagai pembuka tahun baru masihi ini. semoga setiap yang mendatang menjanjikan kebahagian keindahan dari mimpi semalam. semoga yang dikejar mampu digapai dan dan segala yang dimiliki terus di gengam. tiada apa selain harapan meniti harapan baru seiring barunya tahunan masihi. usah berbicara tengtang azam baru. cukuplah tersimpan menjadi rahsia bersama yang esa. takut tak kejar menjadi realiti, lantas menjadi hambatan dosa tahun ke tahun. cukup disini, biarkan kan semua terjadi dan tertulis seperti yang sudah sedia tersurat di langit ilahi. kita tempuh saja onak dan ranjau yang bakal menimpa menongkah kejam hidup akhir zaman. ..
menetang terus menerus ketidakadilan. biarkan semuanya naik menjulang asalkan jangan sesekali jatuhnya maruh diri..