SABDA PONDAN

My photo
raub, Malaysia
How many people in this world look in the mirror every morning and feel inadequate and just, ugly? Yes, I am one of those people! What do you think about me? What do you see isn't the same with I had been through. Me, just me, and myself. A person who biologically borned male and it's a fact which it would never change. But, sometimes, I just love playing around with girls' stuff. Put some make up on my beautiful face or walking around with those extremely high heels. The fact that I am a man, well, I accept that, actually, I am living as a man with a woman's intelligent brain. How's that? Exciting right? The fact that I am a beauty with brain, I am not a transgender. Whatever you might have in your mind or you happened to utter, calling names, it just does not make me any more masculine or less feminine because, I am a woman by choice and a man by fate... if you can accept that, I can force you, it's your choice. A fat bitch struggling to be a skinny bitch.

Thursday, 19 December 2013

MONOLOG DOSA!!!

Dibelenggu ketidakpuasan! Bukan ape takde tempat nak cerita so I laharkan je kat sini..Bukan ape scha sekarang berkerja la jugak itupun buat sementara  sambil tunggu degree takdelah  jadi biawak emas sangat kat rumah ni.  Sememangnya scha jenis menyimpan so kalau nak sesuatu tu mesti nak usaha sendiri alang alang dah kerja takdelah mengharap sangat duit parents.  Iols bukan berkira or kedekut uolss tapi nak jadi cerita kalau dah iolss simpan yang lain sesedap mintak tak ke jadah hanjing meyimpan namanya .sememangnya duit yang ada tu memang dah di asingkan untuk bahagian mak kalau kalau nak beli barang dapur ke ape kan tapi itu la ade la orang orang tu tak kuasa nak mention kat sini.. bukan nak berkira dengan family sendiri tapi yang jadi kes berkira ni sebab masa scha masih lagi amik diploma dulu scha pernah dimarah sebab asyik mintak duit sampai suruh quit belajar lagi. Mau tak sentap dek non!!! So since that day la scha dah memula berkira and jadi berfikir siapa je wajar(nak guna perkataan layak tapi cam kuangja) menerima duit kalu scha dah berkerja . bukan niat nak kuangja or derhaka tapi itulah, cakap sudah tak cakap susah…..

P/s:buat masa sekarang tengah menabung untuk Samsung galaxy gran quattro

Monday, 2 December 2013

KEJUTAN DECEMBER

ASSALAMUALIKUM...

lamakan scha tak buat entry baru?? eh takde la lama manakan cuma entry kali ni iolss nak sambung cerita sikit, kalau korang masih ingat la pada entry MENUGGU dulu. Dalam entry tu scha ade cerita yang scha ade emailkan resume kat ZeryZamri so kelmarin dia ade text scha dan tanya adakah dia nak terima tawan sebagai beader kat butik dia. nun di shah alam nun butik dia tapi walau macam mana pon scha dah buat keputusan dan scha terpaksa tolak. Bukan senang tau iolss nak menyatakan keputusan seperti ini bila dapat peluang sebesar alam semesta bagi scha dan yang memberi bukan calang calang orang. Bila difikirkan peluangnya sangat besar jika scha terima dan kesannya mungkin pada karier scha di masa depan, tetapi setelah di timbang dan diperhalusi scha yakin dengan keputusan scha. ini bukan pasal menolak peluang atau sombong tapi nin satu proses pembelajaran membuat pilihan dan scha telah memilih .Dan sekali lagi terima kasih pada yang banyak membantu scha dalam membuat keputusan insyaalah doakan somga peluang yang lebig besar menanti dihadapan.

Sunday, 24 November 2013

'PEPLUM"


assalamualaikum.. kali ni mungkin entry pendek je. just nak share pic baju peplum anganku musnah ni je..baju ni iolss jahit sendiri untuk adik iolss sempena majlis kawen makcik iolss.. tak de la hebat sangat chuolsss ala ala taraf mak jemah je... still amature. ini pon amik masa seminggu lebih sebab busy, tapi alhamdulillah sempat jugak siap on time. hihhihihi 
Alright then se you guys in next entry.

Wednesday, 20 November 2013

SANDIWARA HIDUP

yang datang membadai mungkin tak sebesar mana namun sisa yang tinggal sehebat haiyan....
putaran dunia makin melaju! usah bersenang kerana kau di atas tiba masa pasti dibawah....
mungkin inikah pintasan kenahagian...
atau???
hanya sebuah jalan pintas ke neraka???

Wednesday, 13 November 2013

MENUNGGU....

Sah ! memang penantian satu penyeksaan . gitewww kan chuolsss..
hah dah kenapa tertunggu tunggukan, bukan apa kelmarin scha ade la emailkan resume scha kat zery zamry. sapa zery zamry?? ala one of malaysian fashion designer la chuolsss! sebab kat insta dia nak mencari pekerja so scha saja nak mencuba nasib. mana tahu rezeki i'olsss. so position yang dimohon sebagai beader. tapi dia offer 3 position seamstress, cutter dan beader... tapi scha boleh je kot untuk tiga tiga position tu tapi minat beader lagi... ape ape pon scha masih menunggu jawapan. heharap cecepat la diorang reply email !

p/s: doakan untuk scha tau 

Tuesday, 12 November 2013

INILAH HIDUP...

Pelik kadang kadang kita sendiri  tak paham dan tahu apa yang dunia ini beri kepada kita. Mungkin tahun ini ramai yang bertuah sebab scha terima bnyak sangat wedding invitation dari manusia manusia yang satu sekolah dengan  scha. Diorang dah jemput tapi nak datang or tak itu masih lagi menjadi tanda tanya. Stop di situ bukan kawin highlight utama entry kali ni tapi pasal wedding invitation. Kisah bermula bila scha dapat chat dalam laman social fb tu. Orang yang chat tu scha tak ingat sangat just sekadar ingat pernah satu sekolah. Tetiba dia tegur kenal tak dia so scha jujur jelah jawab tak ingat sangat , lepastu dia cerita yang dia pernah sekelas dengan ainun cousin scha lepastu kena buang sekolah sebab banyak sangat buat kes bebukan. Then kotak masa pun berputar tapi dalam ingatan scha, scha tak pernah la sangat berkawan dengan  dia yela dia pon pelajar kelas last  scha kelas first so mana la nak bergaul sangat tambah pulak dia antara setan setan durjana yang nakal time tu lagi la I’ ollss tak berkawan sangat. Yang paling penting dia nie antara geng geng yang suka cari pasal dengan budak budak geng hot macam scha ni! Hahahahhah perasan! Cukup throwback sampai situ je tak payah lelebih sadis plak nanti. Nak di jadi kan cerita dia siap mintak no phone dengan alamat bagai katanya nak hantar card so  yang peliknye kenapakan? Yela mau tak pelik chuolsss dia beria ria nak ajak scha attend majlis kawin dia sedangkan  bertegur pon jarang jarang ! kalau korang kata tak pelik lantak la tapi bagi I’olsss tersangat pelik wokeyyyyy. yelah yang mana rapat dengan I’olsss  semua dah  kelaut dah tetiba yang tak bertegur ni beria ia menjemput ! hahahahha  apa apa pon tahniah la buat dia dan isteri tapi dalam kepala ni asyik ulang benda yang sama iaitu “alhadulillah dah jadi orang dah kau…..”

Sunday, 27 October 2013

WALIMATULURUS..

pertama kalinya menerima kad undangan walimatulurus dengan terteranya nama sendiri sebagai jemputan memberi satu tamparan besar ! ya tamparang yang mengingatkan anda telah sampai ke suatu tahap dalam perjalanan hidup. bukan bermakna tua tapi telah sampai ke satu frasa dalam kehidupan yang dipanggil dewasa. beberapa hari lepas scha baru saja menerimah satu undangan dari seorang yang scha panggi teman seperjalan   yang pernah satu sekolah dengan scha. tak sangkakan masing masing dah berjaya encorakan kan kehidupan masing masing... majlisnya sekitar bulan november dan masih tidak pasti untuk hadir kerana ade dua  lagi majlis walimatulurus yang wajib hadir. apapaun semoga berbahagia buat teman itu......

Saturday, 26 October 2013

MONOLOG



SEDAR SIKIT DIRI TU!!!  Kau bukan anak orang kaya jauh lagi jutawan! Kalau apa yang kau ada sekarang asyik fikir benda yang ntah apa apa tak kemana! Jangan kata nak hidup senang.
Ya memang aku sedar dan aku tak pernah lupa,aku sedar dan aku akan berkerja keras untuk dapat apa yang aku idamkan. Biar orang kata! Biar kau anggap aku angan mat jenin tapi inilah kenyataan. Sebuah mimpi yang menjadi harapan. Sebuah mimpi yang mereka momokkan kononnya angan mat jenin.
Salah kah impian aku? Kata orang mimpi itu mainan tidur!!!

Tidak aku akan buktikan mereka silap dan sebenarnya impi itu gambaran hidup masa depan [ NOKTAH]

RINGKAS

ibarat ikan terdapar di pepasiran ingin ke daratan tak bisa bertahan, berenang diair lemas di lautan....
kita sering mengangap dunia ini tidak adli! sedangkan dunia ini memberi seadil adilnya mengikut waktu dan ketetapan yang sesuai...

Friday, 25 October 2013

TERIMA KASIH

Menjengah facebook  melihat kelibat kelibat mereka yang pernah sekelas satu ketika dulu memutar memori lalu ! ya itu sakit kuakui… siapa mereka? Sahabat??? Aku lebih selesa menganggap mereka watak sampingan dalam lipatan sejarah ! kejam?? Come on peeps!!! Untuk aku lupakan semua tentang  semalam ibarat mati hidup.aku bersyukur tentang itu ! dan kini mereka hanya tinggal bebayang kelam  dalam memori silam. Tapi tadi memori bagikan terputar apabila kelibat  silam menjengah mata.. mungkin dia ini bisa ku panggil teman! Cukup sekadar teman yang pernah berkongsi satu perjalan hidup di sekolah yang sama. Seorang diklasifikasikan sebagai warak dan sentiasa positif terhadap aku tidak pernah menyekat minat tapi selalu muncul dengan teguran berhemah… semoga lebih ramai da’ie  mesra hati…. Ternyata masih ingat kata kata dia ! “biar la ade orang nak cakap kau pondan suka warna pink! Sebab nabi pun suke warna merah muda/cair. Bukan warna merah muda/cari tu pink ke??”

Wallahualam….


Tapi aku tetap berterima kasih untuk kata kata itu..

Wednesday, 23 October 2013

SEBUAH DOA DALAM DIAM.....


Aku percaya takdir itu berbeza
Tapi itu ketetapan.
Ada mencapai impian dengan cepat
Ada yang sebaliknya
Bagi yang cepat, kerana itu ketentuan mereka
Dan bagi yang masih belum,
Anda belum terlambat…..
Bagi mereka yang telah sampai dulu bersyukurlah
Dan buat yang masih belum
Ada banyak yang perlu kau kutip sepanjang perjalanan
Sesuatu yang berguna dipenghujung cerita
Sesuatu yang mungkin  mereka terdahulu sampai  tiada
Kerana itu

adalah kelebihan anda…..


p/s;doakan untuk permohonan penerapan degree scha ya semua...

Monday, 21 October 2013

BIASA....



biasa biasa!! 
dari diri yang biasa 
aku ingin menjadi luar biasa
keluar dari kebiasan
mengejar yang biasa
menjadi yang luar biasa....
mengubah kebiasan
yang biasanya
pekara itu luar biasa
bahawa yang biasa biasa itu
punya pesona luar biasa....

Serpihan Masa Lalumu....





Pecah berkeping keping
Terbias rona duka
Retak tapi tak terbelah
Ya !
Itu luka  tapi tak berdarah
Perit tapi tak terubat
Ya !
Kenangan tapi aku sejarah
Kerna…
Aku sekadar serpihan masa lalumu



Sunday, 20 October 2013

TENGGELAM TIMBUL


tenggelam timbul tengelam timbul,,,,
ya kini aku kembali, kembali sebagai seorang yang BEBAS . buat sementara waktu ini aku bebas..
bebas dari cengakaman class dan assignment. ilmu yang dulu ku kejar telah tamat chapter ini, menunggu bab yang seterusnya iaitu degree. SEKARANG hanya bisa apa ?? tidur dan makan untung nasib bertemu kerjaya jika tidak,melingkaran bak sawa di rumah... BOSAN?? akan ku terus curahan di sini. mengadu domba liku hidup di maya....

nantikan rintih domba satu persatu.....

Thursday, 17 October 2013

PERINGATAN



”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216) 
kita sudah merancang! yakinlah pada ketentuannya ,redha, DIA maha tahu......
sesungguhnya DIA mendengar setiap doa.....

Saturday, 12 October 2013

Thursday, 29 August 2013

HARI MENDATANG SEMAKIN SINGKAT...


hari medatang semakin singkat 
mengejar segala tugasan 
memeningkan kepala 
hinggal lupa makan dan tidur..
ya itu semua berbaloi !
kami bakal menamatkan segalanya..
insyaallah...

Wednesday, 31 July 2013




“If you have goals and the stick-with-it-ness to make things happen, people will feel threatened by you, especially if your goals don’t include them. They believe that if you take a piece of pie, then that leaves less pie for them. Seeing you follow your dreams leaves them realizing that they’re not following theirs. In truth, there is unlimited pie for everyone!”
― RuPaul

Monday, 29 July 2013

 
kusut..
kalut..
tak mampu bicara saat ini..
ingin diluah tapi tertelan..
payah ..
pedih..
pahit...
aku lemas dalam lautan ujian..
buntu...
bingun..
tiba masanya ku hambur segala
gusar..
galau....
tersimpul satu...
adakah ini sekadar cubaaan
atau satu teguran halus dari tuhan..

Thursday, 18 July 2013

KITA




Kita…..
tersatu dalam ruang linkup takdir dan karma.
Tak sama tapi saling serupa
Tak sempurna tapi menyempurnakan
Menganyam mimp mengejar angan
Biar tak sama tinggi masih bisa berdiri
Biar terduduk tetap sama rendah

Itu la kita………

Tuesday, 16 July 2013

BERUBAH

BERUBAH ! ambilah sebanyak mana pun masa asalkan kita masih belum terlambat. 
Tidak kira sebesar mana perubahan seseorang itu ia tetap akan bermula dengan perubahan yang kecil. Maaf andai bertentang pendapat tapi rasanya tak wajar bagi kita terus menghukum. Sempena bulan yang mulia ini alhamdulillah kelihatan ramai saudari saudari yang dulunya angkuh menjunjung rambut kini berhijab.  Walaupun sesetengah masih memandang rendah kepada mereka kerana memakai tudung on/off atau seperti tudung saji yang sekejap buka sekejap tutup namun usaha mereka patut dipuji dan diberi galakan untuk istiqamah bukan dikeji . Sekurang kurangnya mereka mencuba untuk menutup aurat atau lebih sopan dalam erti kata lain membisakan diri walaupun hakikatnya hukum itu wajib. Mungkin ade sesetengah yang tak selesa melihat mereka hanya bertudung dibulan puasa tapi sedarkaah mereka sebenar juga sedang berusaha agar penglihatan anda terhindar dari melihat sesuatu yang tidak sepatut dilihat, mengapa harus dicaci? Kenapa tidak dicari apa konklusinya agar mereka istiqamah bukankah islam tidak membebankan ummat! Jika kita terlaluan memaksa, tudung yang dipakai hanya tinggal tudung. Dakwah juga ibarat menarik rambut dalam tepung biarlah kena caranya , agar rambut yang di tarik tidak putus tepung tak tumpah bertabur….

Mungkin aku bukan sesiapa dalam melempar pendapat atau orang yang arif dalam hukum tuhan, namun sebagai sesama manusia merasa tidak salah jika seseorang itu diberi peluang…

Sunday, 30 June 2013

UITM BATIK FUN WALK 2013


My last minute batik cardi! So?? 

pelepasan para peserta oleh rektor dan koordinator kursus AD112


pemenang king and queen of batik
the excoian


P/s : instant update ! malas nak type pepanjang uolss sebab busy!..



Wednesday, 26 June 2013

SALAM RINDU


lama merindu
lama tak ketemu
tak menyapa 
hatiku walang
biar berkobar 
biar gelisah
 masih jua
tiada kesempatan 
tiada jodoh
bercanda girang
bertamu cinta
bukan aku dan dia
tapi 
antara kita
sahabat sahabat maya
bertegur sapa
bergurau mesra
tak pernah  berhadap
namun dekat...
dekat jiwa
walau jau dimata


Wednesday, 5 June 2013

DARI PERSPEKTIF INSAN BIASA

assalamualaikum..
sebelum apa apa maafkan dulu atas kelancangan entry saya kali ini...
bukan apa cuma curahan perasaan kalau silap minta pencerahan...

tadi saya terbaca one of my friends  punya retweet :

Pakai jubah= ustazah. Jubah=sekolah agama. Jubah=ambil course agama. Jubah=alim. Jubah=dipandang serong. Apa ni kawan. C'mon ah.

maaf saudari jangan salahkan orang ramai jika beranggapan begitu itu, semua salah siapa? sebaiknya cermin diri dulu mengapa mereka mereka berprasangka.
tetiba teringat plak kata my kazen dalam blog dia . tapi bukan sambung ape yang die cerita dalam blog dia tu, cuma itu juga salah satu faktor mengapa mereka berprasangka.

benar memang cantik dan manis jika ada saudari saudari di luar sana berjubah dan bertudung labuh. tapi biarlah berpadanan dengan apa yang di tonjolkan melalui pemakaian....

YA! saya pasti akan ada mereka yang cetek ilmu akan berkata mereka manusia biasa yang tak lepas dari noda! memang diakui kebenaran itu tapi bukan sepatutnya jangan hanya memakai jubah dah tudung labuh saja tapi fahami konsepnya juga...

bagi saya,sepatut nya jubah yang besar itu bukan hanya untuk membalut tubuh  dari bogel tapi sebagai pelindung perbuatan dan langkah kita dari melakukan yang tak sepatutnya dalamerti kata lain menginggung perasaan saudaramu yang lain.

tudung yang labuh itu sengaja minta labuh hingga ke dada ada simboliknya disitu. selain menutup perhiasanmu. kernaa disitu juga ada sekeping hati jadi tutuplah hati dari riak dengan penampilan jika berjumpa mereka yang bertentangan dengan pakaianmu...

 disini sebenar  benar intipati entry kali ini adalah ingin menegur pada saudari muslimah di luar sana jangan riak dengan pemakaianmu kerana ia juga bisa sia sia ! kuasa ALLAH itu maha luas sedang seorang pelacur pun DIA memberi pengampunan. siapa lah kita untuk riak  dengan meraasa diri kita cukup baik dan sempurna. sebaliknya bersyukurlah anda diberi kesedaran lebih awal untuk menutup aurat.

itu sahaja dari saya,
mungkin ilmuku selama 5 tahun di sekolah agama itu juga belum cukup, untuk menulis satu kenyataan seperti ini. tapi ini sekdar pandangan...

jika anda sudi mendengar luahan ini hadamlah..
jika tidak ini hanya tinta tinta insan  yang sama sama masih mencari reda ALLAH.

wassalam..







RANDOM QOUTES

 '' ANDAI KELIP KELIP TAK BERCAHAYA MENERANGI GELAPMU KURELA MEMBAKAR DIRI MENERANGIMU"

Tuesday, 4 June 2013

DEBARAN KIAN TERASA



Assalamualaikum…         
hye korang!! selesai mendaftar matapelajaran untuk sem hadapan! Empat semuanya,
Bahang dan gementar itu kian di rasakan…
Wish me luck guys…
Xoxo
scha

Saturday, 1 June 2013

Farewell MAY..hello JUNE !!!

Dalam sedar tak sedar may telah pun  berlalu pergi, bulan yang meraikan antara insan insan terpenting dalam hidup kita iaitu ibu dan guru..
berhenti may setakat disitu! selamat datang june! hey june dont let me down, please be nice to me... 
bulan ini bulan yang bakal menyaksikan permulaan pertumpahan darah sebagai finalyear student...
selain tu aku ade satu pertandingan teater untuk di sudahkan....ya! aku kan berhempas pulas! jadi june bantulah aku dengan memberikan hari hari yang terbaik...
insya allah semoga hari hari mendatang penuh barakah.. amin..

xoxo
scha

Thursday, 30 May 2013

BOBO JUGA BISA MAKAN HATI...

hye korang!!!
cuba lihat tajuk entry kali ini??sudah tengok entry pasal gwiyomi ??
hahaha kali ini video seterusnya pulak! manelah tau kot kot David Teoh jumpa video ni terus offer scha kerja bawah MIG uolssss.... boleh lah ikut jejak langkah bobo tu sesilap dia pon makan hati ! hihihihihi

video

taraaaa! tapi ni hanya preview! 
once scha dah dapat copy  video ni scha akan share dengan anda ok!!!

RANDOM QUOTES




Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.


―mother teresa

Wednesday, 29 May 2013

GWIYOMI???


video

akibat terlebih masa dan kebosasan tahap maximun ! maka ini yang terjadi....
rindu mereka.....

Tuesday, 28 May 2013

PULANG...

assalamualaikum

hye korang!!! dalam entry lepas  scha ade bagi tahu  yang pertandingan teater tu ditundakan so sekarang scha telah berada di rumah. scha sampai dalam pukul sembilan malam kelmarin. tau tak yang scha terpaksa tunggu 5 jam kat station bus sebab bus tak sampai sampai dari pukul 10pagi  tunggu sampai la pukul 3petang baru muncul. tu baru citer pasal tunggu bas lepastu tu kene plak mengharungi perjalan 7 jam tanpa aircond weiiii!! sumpah sakit hati gile.. tapi ape ape pon sekarang yang penting ialah scha nak sambung cuti yang masih berbaki 2 minggu tu pepuas tambah pulak sekarang cuti sekolah kan....


p/s: selamat bercuti pada semua murid sekolah....

Thursday, 23 May 2013

OMG!!! BAD NEWS vs GOOD NEWS !

OMG!!! YOU WILL NOT BELIVE THISS!!!
 tau tak pementasan ini akan di tunda ok!! ditunda ke hujun bulan june ini...
ini yang merungsingkan scha sebab scha akan busy,sem depan scha final sem!!! busy kot dah la nak kene latihan tiap tiap malam mane nak bagi komitmen weiii...
tapi kalau susah sangat scha akan quit je dari pegang watak tu! tapi akan teruskan jugak sebagai set dan costume designer...
tapi entah la memasing masih lagi didalam dilema.....

walaupon kalut tapi heppy sebab dapat balik awal sambung cuti...

p/s: doakan kejayaan pementasan kitorang tau...

Wednesday, 22 May 2013

PENYATUAN DUA ROH BERMULA



Assalamualaikum hye korang!! Salam dan peluk cium buat semua yang menyokong scha dan kepada semua haters semoga anda masih dibukakan pintu rahmad…
Menyambung lagi entry entry yang lepas berkaitan dengan teater tu. Alhamdulliah semakin berjalan lancar dari kami bermula 7 orang sahaja kini sudah bertambah 12 orang semuanya. Masing masing dah mula menyesuaikan diri dengan watak masing masing termasuk la I dek non ! memasing seperti sudah biasa dengan watak yang diberikan...Cuma ada sedikit masalah dari segi artikulasi sahaja, yelah masalah lontaran suara memandangkan kitorang akan berteater tanpa mic ! ko mampu jah? Kitorang juga mendapat khidmat daripada seorang jurulatih luar! Baru sekali bertemu tapi  kitorang sudah melalui detik sukar dengan dia kerana sudah banyak di tegur…
Selain itu atas kekangan  jumlah produksi kami terpaksa melakukan lebih daripada satu tugas setiap orang. Selain memengang watak “ pak teh din ” scha turut di beri kepercayaan sebagai set dan cosume designer…

Nak tau lebih lanjut sila tunggu entry entry selanjutnya
P/S: memasing sangat tergedik meneroka watak memasing..

Friday, 17 May 2013

APA CERITA?? CERITERA HIDUP & TEATER



Hye korang!! Ha ceritanya masih sama penat teramat penat! Kenapa penat?nak citer la ni tapi bukan sekadar nak citer pasal penat je tapi nak sambung entry semalam yang ala ala suspen mak jemah tu….ceritanya bermula begini…hamboiiii !! scha terlibat dengan satu pertangdingan teater sebagai crew untuk jaga wardrobe dengan makeup diorang! Haaaaa….
Ni baru nak masuk cite dia, cerita dia dengan tetiba scha telah di beri watak ok! Watak yang scha sendiri rasa amat berat untuk di jiwai tetapi akan mencuba la…watak apa?? Watak seorang lelaki di awal 40an seorang khatib surau yang mempunyai niat yang jahat .tak ke pengsan gitu jemah? tetiba bawak watak camtu?owh itu lah cabaran..”bila kita di atas pentas itu bukan lagi  diri kita” (kata bijak pandai) .apa yang penonton lihat itu bukan kita tapi hanyalah jelmaan watak tersebut! kalau  kau berlakon baik,penonton tak perlu tau yang sebenarnya kau jahat! Kalau kau menangis mereka tak perlu tau yang sebenarnya kau menipu ! begitulah susahnya.. tapi ini bukan betul lagi kami akan menjalani satu lagi pemilihan akhir watak untuk memainkan peranan watak itu…tapi bagi scha kalau ada yang lebih baik persilakan tak luak pon hati ni.sebab scha tahu kemampuan scha. Yelah first taim kot. Tapi orang dah beri keppercayaan tu kita gunakan sebaiknyakan… FUHHHHHH!! so begitu la ceritanya…
P/S: dari pagi sampai malam belatih kot memang la penat….

APA CERITA??


apakah???argh aku terlalu penat hari ini! penat memikir ! penat memikul !arghh hanya tidur sahaja saat ini!!! nak tahu apkah ini nantikan....

Sunday, 12 May 2013

DIA DAN DIA DALAM HIDUPKU

ya hari ini bersepah berjuta manusia memuji ibu mereka dalam laman sosial mereka ! tak kesah begitu juga aku. aku juga ingin menagungkan insan yang menjadi insan terpenting dalam hidup aku. ya emak aku sendiri insan yang menjadi nadi terpenting dalam setiap hembusan nafas aku! terima kasih buat emak yang terus menjadi penguat semangat selama aku belajar erti hidup yang sebenar! terima kasih mak
masih menari dalam minda segala pesan namun aku sendiri masih lagi mencari apakah sebenarnya kebahagian yang aku harus berikan kepadanya.. semoga niat murni ini di kabulkan amin..

selain itu masih ade seorang lagi yang menjadi penguat semangat aku..
kasihnya juga tak terlawan luasnya lautan membimbing dan menyayangiku seperti ibu ku sendiri....
namun sayang dirinya pergi sebelum sempat aku mencapai kejayaan yang sentiasa menjadi harapnya.
insyaallah niatnya akan terus menjadi pembakar semangat aku....

tiada beza antara kasih mereka dalam hidup aku....
setia menyayangi aku disetiap adanya...
tanpa mereka aku bukan sesiapa...
aku disini kerana asuh dan didik mereka...
semoga diri ini bisa menjadi penyejuk jiwa mereka...
insyaallah....

terima kasih buat mak dan untuk dia yang tiada hanya doa dari jauh kukirimkan... (alfatihah)

P/S: selamat hari ibu juga kepada seluruh  ibu di dunia,kerana anda lahirlah insan terbilang

Friday, 10 May 2013

KAU, AKU, DAN DUNIA

kelu! bisu!!
ya ! ya itu di rasa kala ini
kenapa? mengapa? usah ditanya
aku sendiri tak punya jawapnya...
engkau ya kau!
tak perlu bersangka
tak perlu bertanya
kau juga tak punya jawapan
kau juga penuh persoalan
soalan yang kau tak juga tau jawapnya
jawapan ? ya mana jawapan
jawapan yang perlu kita cari
disini ya disini
masih belum punya jawapnya
jangan melongo tapi bicara
jangan hanya telan
tapi hadam!
ayuh mari kita langkah kedepan
raba masa depan
injak injak saja hidup ini
dunia ini masih dara untuk kita nikmati....



Wednesday, 8 May 2013

2013 MET GALA FASHION REPORT!


Maigadddd!!! Mermaid goddess on red carpet!! Hot..hot..hot..
Blake Lively walked on red carpet 2013 Met Gala in GUCCI! SUPPER OWESOME! Her strapless Gucci dress featured a dramatic skirt with layers of black organza adorned with silver and matte black feather motif embroidered details. Also  styled the gown with set of jewellery by Lorraine Schwartz, and a bunched ponytail completed her look.





Tuesday, 7 May 2013

sekadar preview...



kehulu kehilir ,jam berdetik ,waktu berputar, bulan berganti bulan, bayang bertukar arah ,terang berganti gelita, hingga timbul terang kembali. misi demi misi, cita demi cita diatur...tawa berganti tangis kerinat demi keringat tangga ini terus ku daki demi segulung diploma......
teaser untuk sem hadapan

Monday, 6 May 2013

#PRU13 DARI KACAMATA PENGANALISIS TAK BERTAULIAH

hye korang kemarin telah tamat nya PRU13! macam biasa RUMAH SIAP PAHAT TETAP BERBUNYI entahlah nak comment bebanyak takut diCARUT masyarakat..hahahahah
maklumlah di bawah umur gitew....

tapi ape pun pakjib anda masih ade undi saye untuk lima tahun akan datang....
kepada yang menang tahniah dan ambil iktibar untuk ubah malaysia bertambah maju dan integrasi antara kaum dieratkan lagi..... bagi yang belum menang pasti ada hikmah dan muhasabah diri.

tapi sebenarnya dalam memacu kejayaan malaysia hari ini kerajaan dan pembangkang sebenarnya saling membantu but unintentionally lah... yelah bile pembangkan wujud kan sesuatu issue kerajaan akan cuba tangani dan di sini lah berlakunya kerja sama antara mereka....dan kesannya allhamdulillah ade lah tempias kebaikannya pada mata rakyat..

kalau anda tak setuju sorry lah sebab scha bukan penganalisis polotik yang bertaulah sekadar cukup umur untuk memahami politik tapi tidak cukup umur untuk mengundi,,,

scha ni jenis bukan sangat obses atau terlalu prejudis terhadap sesuatu parti itu... asal kan hak skita terbela itu sudah cukup dan islam sebagai agama rasmi terus di tegakkan alhamdulliah...integrasi antara kaum juga perlu di perbaiki lagi untuk merealisaisikan slogan #betternation itu... dan rasanya tiba lah la jugak masa kita untuk sama sama muhasabah diri tak kira la apa pahaman politik kita yelah perang saraf dalam berkempen politik itu bagi scha dah seakan akan dah menjadi pesta membuat dosa kepada kita..sini di fitnah sana dicaci kita sesama islam kot... rasa nya tok guru sendiri pon nak nak kite sama islam ni bertelagah... sedar lah kita ni sesama melayu bersamalah menjaga kepentingan kita sementara syiar islam terus di kibarkan....

sekian.
P/S:kalau anda tak tak setuju MAAF.ini hanya sudut pandang remaja hingusan seperti saya...

Friday, 3 May 2013

Thank you for the memories.



After you have been through all the tough day and pain there is no way to go unless you keep move on. But it just easy as said, it hard to forget some things that  have given you so much to remember. Sooner or later you have got to let go of your past. Either it hurt or not, you don’t have any choice to choose. Don’t waste time looking back on what happen. Be a brave person as you can and don’t let the tears losing your dream. Letting go on what have happen is maturity. Don’t be shame.
What most the  important is  learn to forgive yourself for making mistakes and learn from your errors and move on……..

good bye memories........

Thursday, 2 May 2013

IT 'S ALL ABOUT LOVE

sweet love sweet love....
trap in your heart......
(Bound To You-Christina Arguilera)

In love sometimes you maybe get hurt or can be a broken heart. But still that is the hardest situation ever. Indeed.  But my part, I prefer my heart to be broken. It is so lovely so you can learn to move on….but that not easy as you said! It gives a deep wounds in the heart which take a lot of time to heal. Yeahh, they said time will heal everything. Time passed that true, but it leave  indelible scars and impression on the mind……I can forgive but I cant forgot. ever!! Being hurt is always a part of life, just bear in mind, every time you get hurt you get one step closer to the real love........

Wednesday, 1 May 2013

the beginning of a new chapter.......

whatupsssss yowww! its MAY already......
A new beginning of a new chapter from 12 in one book of life......
People always feel exited for every passing day without realizing  the responsibility of being grown up ! sometime I wish that I could turn back the time. Never grow old and happily playing as a children…. just forget about it, we cannot touch same the water twice, because the flow that has passed will never pass again. every things must be move on .  nothings  can be the same as before ! cause every things change… Remember ! you can't change people but we can be different , we change our self and what goes around comes around ! its karma…..

MAY please be nice to me............
have a blast day ahead.....


Tuesday, 30 April 2013

AKU DENGAN CARAKU.....

hye korang!
peluk cium seluruh jiwa buat yang menyayangi diri scha dan buat haters yang merata di luar sana semoga rahmad allah masih sampai kepada anda..
alhamdulillah jiwa ini masih diberikan kekuatan untuk terus mengharungi badai dan dugaan! maaf jiwa ini tak goyah dek hinaan picisan kalian ! kalau rase nak berdebat dengan aku pastikan degree anda bertaraf law !
kalau tidak telan saja hinaan anda dan kemudian hadam lumat lumat dalam minda sejauh mana anda lebih baik dari aku....
tak perlu gah memburuk burukkan aku sedangkan dirimu tak sesempurna nabi! BTW semua orang tak sesempurna nabi termasuk aku....
jadi tak perlu engkau carut bukan bukan pasal aku ! terutama tentang cara pemakaian aku ! aku ni masih waras dan sangat waras aku takde sampai kemaruk pakai macam pompuan ape yang aku pakai rasenye masih lagi dalam lingkungan selamat ye tapi bukan semua cantik dan sesuai di mata kita di terima orang ! ehhhhheran pulak aku.......

dan daripada korang foning foning dan secara tak sengaja mentransfer pahala korang kat aku ni lebih baik lah cermin diri sendiri ok!!tapi ye la mulut orang mane boleh kite tutup ,kalau mulut tempayan tu dah lame aku simen or gam je dengan gam kayu habis cerita !senanggggg........
tapi itu la manusia yang jahil ego nak ngaku buruk sendiri buruk orang jugak yang die nampak!!! tak gitu jemahh??erm lahanat sangat....


p/s:kata ganti diri aku terpaksa di gunakan kerana agak geram di situ...


Monday, 29 April 2013

KEPERCAYAAN DAN MAKEUP ??

hye korang....
peluk cium untuk semua yang mengenali scha dan kepada haters kat luar semoga allah terus menurunkan rahmad kepada anda..kali ni nak cerita sikit tapi sebelum tu terima  kasih kepada C.U.T.E kerana menerima scha seadaya dan mengajar scha serta membantu mencari diri sendiri...banyak yang scha belajar dalam persatuan ni..... segalanya bagai mimpi tapi yang paling penting ianya memori terindah dalam hidup scha terima kasih juga terutamanya pada mereka kerana memberi kepercayaan kepada scha dan most important things diorang sudi menjadi mangsa mangsa eksperimentasi seni scha...ye lah bukan senang kan nak bagi orang conteng muka kita....tapi diorang bagi keprcayaan untuk scha menata rias muka diorang..tapi kali nie bukan nak cerita pasal scha make up diorang jadi cantik tapi kali nie nak cerita pasal scha mencongteng mereka sampai hodoh..bukan sengaja ye..tapi permintaan??? permintaan?ye la untuk match dengan tema lah uolsss.... scha ni bukan hebat pon sebab tu sentiasa berterima kasih kerana diorang beri kepercayaan....dan insya allah sem depan scha diberi kepercayaan untuk menjadi naib president crew dan busana ok selain tu menjadi ketua kepada make up dan busana jugak..terima kasih korang kerana percaya..dan percayalah sem depan segala solekkan dan busana akan lebih gempak! insyaalah.... dan kepada semua readers nantikan update update yang seterusnya berkenaan make up by shamil nazri ya...




ini masa kitorang masok pertandingan MDV


ini untuk gimik penutupan FESKO







Tuesday, 23 April 2013

OBSESI BARUKU!



HYE KORANG!!!
kali nie nak share sikit obsesi scha yamg baru!! wedge ankle boot...
kasut i ni bakal di cari tak kira apa jua keadaan memandangkan sem depan saya ade dinner pragrade  plus raye kan so scha nak pakai ini ! sumpah nak weiiii!!!!,,,,
sampai dah masuk dalam mimpi mimpi dah ni......

i wish....
xoxo
scha,




random love qoutes



“This life is what you make it. No matter what, you're going to mess up sometimes, it's a universal truth. But the good part is you get to decide how you're going to mess it up. Girls will be your friends - they'll act like it anyway. But just remember, some come, some go. The ones that stay with you through everything - they're your true best friends. Don't let go of them. Also remember, sisters make the best friends in the world. As for lovers, well, they'll come and go too. And baby, I hate to say it, most of them - actually pretty much all of them are going to break your heart, but you can't give up because if you give up, you'll never find your soulmate. You'll never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once, doesn't mean you're gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always, always, always believe in yourself, because if you don't, then who will, sweetie? So keep your head high, keep your chin up, and most importantly, keep smiling, because life's a beautiful thing and there's so much to smile about.”

― Marilyn Monroe

Sunday, 21 April 2013

SENIMAN


Seniman!! Patah tumbuh hilang berganti  bak  cendawan selepas hujan mengaku diri sebagai seniman tanpa memikirkan tanggungjawab sebagai seniman,,,
Seniman sebenarnya seorang pemikir ! ya pemikir kepada kesinambungan legasai budaya kita menongkah arus menepis idealogi idealogi yang kononya ape yang di tampilkan itu kuno ! pemikiran yang terus muda dari jangka usia. lambakan lagu lagu yang seperti membingatkan saja telinga ku cerita cerita yang tak punya jati diri menyesakan penglihatan .mereka lupa seni kita wajah kita!
Kenapa dibangga apa yang dibawa dari barat!??
Kenapa??? Tak kena dengan jiwa muda kata kita….
Ketinggalan zaman kata kita
Kurang itu
Kurang ini……..
Kenapa tak dihayati??
Kenapa tak hadam ??
Penuh makna
Penuh realiti hidup……
Bukan mengata
Bukan merungut
Cuma hauskan naskah yang boleh menyejuk jiwa……….



Saturday, 20 April 2013

kisah sebuah kematian.....




setiap yang hidup pasti akan merasai mati....
itu janji allah... sebuah janji yang pasti, tanpa kita ketahui bila saat atau ketika tetapi saat itu pasti akan datang.. apabila telah sampai saat izrail mecabut nyawa maka akan tiada terlewat walau sesaat pun..
ingat dan janganlah takut untuk merasai keamatian sedang dia muhammad kekasih allah jua merasai detik detik kematian....

kematian merupakan sebuah pemisah antara alam nyata menuju sebuah perjalanan ke kampug akhirat,alam barzakh....dan mulai saat itu bermula lah  musafir si jenazah seorang diri  hanya iringan doa yang mampu kita hulur semoga allah menganpun dosa dosanya dan limpahkan kasih sayangmu........

dan kita bagi yang hidup teruskanlah perjalanan hidup meskipun amat payah,
biarpun dia sudah tiada tetapi mereka akan terus hidup dalan ingatan...

Thursday, 18 April 2013

random love qoute...


“Only once in your life, I truly believe, you find someone who can completely turn your world around. You tell them things that you’ve never shared with another soul and they absorb everything you say and actually want to hear more. You share hopes for the future, dreams that will never come true, goals that were never achieved and the many disappointments life has thrown at you. When something wonderful happens, you can’t wait to tell them about it, knowing they will share in your excitement. They are not embarrassed to cry with you when you are hurting or laugh with you when you make a fool of yourself. Never do they hurt your feelings or make you feel like you are not good enough, but rather they build you up and show you the things about yourself that make you special and even beautiful. There is never any pressure, jealousy or competition but only a quiet calmness when they are around. You can be yourself and not worry about what they will think of you because they love you for who you are. The things that seem insignificant to most people such as a note, song or walk become invaluable treasures kept safe in your heart to cherish forever. Memories of your childhood come back and are so clear and vivid it’s like being young again. Colours seem brighter and more brilliant. Laughter seems part of daily life where before it was infrequent or didn’t exist at all. A phone call or two during the day helps to get you through a long day’s work and always brings a smile to your face. In their presence, there’s no need for continuous conversation, but you find you’re quite content in just having them nearby. Things that never interested you before become fascinating because you know they are important to this person who is so special to you. You think of this person on every occasion and in everything you do. Simple things bring them to mind like a pale blue sky, gentle wind or even a storm cloud on the horizon. You open your heart knowing that there’s a chance it may be broken one day and in opening your heart, you experience a love and joy that you never dreamed possible. You find that being vulnerable is the only way to allow your heart to feel true pleasure that’s so real it scares you. You find strength in knowing you have a true friend and possibly a soul mate who will remain loyal to the end. Life seems completely different, exciting and worthwhile. Your only hope and security is in knowing that they are a part of your life.”

― Bob Marley

Saturday, 6 April 2013

berpisah sahabat talak tiada....



dalam kesibukan mengejar semua project project tergendala tetiba aku terbang meneroka ke alam maya...

menyelongkar satu persatu profile mereka dan sampai disebuah blog !

yaalla airmata aku sendiri hampir menitis sedar tak sedar dalam beberapa hari atau mungkin minggu kami akan berpisah! masih terbayang gedik dan tawa semalam.

 seakan sukar dikikis dan dihakis tapi itula reality. kami akan berpisah ! berpisah sahabat talak tiada.

menitis airmata ini bukan kerana perpisahan yang ditangisi tetapi juraian air mata ini ibarat rasa terima kasih yang tak terluah dengan kata kata kerana sudi menceriakan hari hari ku dan mengisi memori  di sudut ingatan dalam lipatan diari hidup aku...

aku sayang kalian!

terimakasih kawan.....

#buat mereka yang bakal pergi dan yang telah banyak mencorakkan kenangan untukku di uitm...

KAU BISA APA??


PENAT!!
LETIH LELAH DAN RIMAS...
KAU BISA APA???
KAU HANYA MELIHAT
KAU BISA SIMPATI 

KAU BISA APA??
KAU BOLEH BERKATA
KAU TAK MUNGKIN PAHAM!

KAU BISA APA??
KAU HANYA DIAM!!

AKU PENAT .......

KAU BISA APA???

Saturday, 23 March 2013

SUKAR UNTUK DI LEPASKAN...


PERNAH DAHULU AKU MEMINTA
 SAHABAT SEPERJALAN UNTUK MENEMANI PERJALANKU
 TETAPI AKU TERLUPA MEREKA TETAP AKAN PERGI
 MENEMPUH PERJALANAN SENDIRI.....
SUKAR DILEPAS
PAYAH DIUNGKAP
TERUKIR DILANGIT
BERSAKSI DINDING
MEMORI TERCIPTA
ENGKAU AKU DAN MEREKA 
SALING TAK SEMPURNA 
TAPI MENYEMPURNAKAN.....

C.U.T.E (CULTURAL UNIT THEATRE)


Friday, 8 March 2013

UITM KELANTAN FASHION WEEK 13


hye korang!!! lamekan scha tak update ape ape kat sini ye la busy uolss
sem ni scha sesangat la busynye..mane busy dengan assingment sebagai seorang studeng lagi sibuk berpersatuan la....jadi terkejar kejar so tak sempat nak melalut kat alam maya ni.......
tapi kali ni nak story mory sikit kat you gusy pasal ppersatuan yang C.U.T.E or culture unit theatre ade buat event fashion week gitu... program nii bermula pada 3-6 march, 3 sampai 5 tu kitorang ust bukak booth untuk beberapa sponsor kite untuk event ni antaranya oldbloosombox, sa ra gallery, alkaaff boutique,der idaman aand pretty daisy pastu pada 6 march di sebelah malam nye ialah malam gala..untuk event kali ni scha di tugaskan untuk jadi ajk perhiasan pentas dan juga make up dan busana....
so ade lah beberape orang moodel untuk malam ni mendapat sentuhan make up dari scha ! takde la owesome sangat skill make up scha tp ok la.........sangat penat untuk event ni tapi ape yang penting kitorang semua puas hati dan seronook bile tengok event ni berjaya samapi ke hujung....


*ha ni pulak antara gambaran suasana malam tu.....











ha dah kenape plak scha pegang bunge bagai ni??ni pic mase scha ja jadi wakil untk sa ra gallery untuk malam tu..cantak tak baju kite????hihihihih



sempat jugak berposing dengan jezmine mase malam tu!!hihihihi sile makan hati ye...

ok la sampai sini dulu ade banyak lagi gambar2 malam tu tapi susah nak kumpul sebab malam tu banyak sangat camera nye so kalau senang senang senang nanti scha update lagi ye..


Thursday, 14 February 2013

Sesungguhnya takdir allah itu sangat indah percaturanya


Sesungguhnya takdir allah itu sangat indah percaturanya......
Hari ini terlalu senang seseorang itu menjatuhkan syuga atau neraka keatas orang lain tanpa kita sedari percaturan takdir itu rahsia allah . sesungguhnya siapalah kita untuk menduga masa hadapan. Kerna setiap yang terbentang sedia tercorak oleh percaturan ilahi.
Mungkin hari ini dia terlupa akan perintahNYA tapi siapa tahu satu hari nanti dialah yang paling taat menjaga suruhaNYA…
Mungkin hari ini dia terlalu mengejar harta dunia tapi siapa tahu satu hari nanti dialah yang paling zuhud di jalan allah……
Mungkin hari ini dia terlalu memuja kecantikanya tapi siapa tahu satu hari nanti dialah yang paling istiqamah menjaga auratnya…..
Mungkin hari ini dia terlalu lancang mengecam nista tapi siapa tahu suatu hari nanti dialah yang paling lantang menegakkan seruan allah….
Siapa tahu?? Dan tiada siapa akan mengetahui…..
Kerna takdir itu rahsia allah, maka hidayah itu juga rahsia allah
Mamun saat telah sampai hidayah itu hamparlah seribu rintangan nescaya walau merangkak jua akidah tak tercalar…
Sedarlah tiada insan berdosa yang tiada ruang bertaubat
Dan tiada insan mulia tak berbuat dosa……..
Wallahualam,
Jazzakallahukhairankhathiran……….




Monday, 11 February 2013

3rd MALAYSIAN DANCE VILLAGE 25-27 Jan 2013


assalamualikum ! hye korang....
 lame gile kan scha tak membebelkan kat sini ! yela busy pon busy. buassignment semakin banyak tu tak kira yang mane dah tertangguh tu, busy dengan persatuan lagi so di pendekkan cerita tak sempat la nak update entry baru. disebabkan sekarang  cuti tahun baru cina so sempat la  nak menjenguk blog ni kejap! hihihihi
kali ni nak story sikit kat korang pasal scha ade satu pertanding tarian yang di adakan baru baru ni 
pada 25-27 januari 2013
pertandinga ini ialah perkampungan tari malaysia ke 3 or 3rd malaysian dance village (MDV),,,
 tapi bukan menari pun ! scha nak menari?? haha takut jadi tiger show je nanti,
lagipun traditional ni bukan jiwa scha kot *belagak sangat*
scha just jadi crew belakang tabir diorang je... jadi make up artis tok diorang ni..
tapi sumpah sangat best dapat jumpe ramai sensangat orang dari uitm2 lain dan beberapa ipta lain..
selain tu dapat la cuci mata, bak kate kawan scha tu boleh la cari anak ikan baru! ha gitukan statement gantung diri sangat..

macam jenis tarian yang dipersembahkan dan semua best! pertandingan ni terbahgi pada dua iaitu rampai (trdisional) dan kreatif. teruja memang teruja tapi scha suke tengok costume diorang yang grand grand tu je...
hahaha! pic bawah ni antara aksi aksi penari penari yang bertanding..




 hah ... ni plak gamba gambar peserta dari uitm kelantan! (kitorang lah tu)






hahahah ! meriahkan?walaupun tak menang tapi kitorang tetap bersyukur dan tersangat sangat happy sebab banyak kenangan yang tercipta dan banyak pengalaman yang dapat dikutip....
dan tak lupe jugak kepada para pemenamg iaitu uitm sarawak yang mendapat jihan dan merembat beberapa award yang lain.