SABDA PONDAN

My photo
raub, Malaysia
How many people in this world look in the mirror every morning and feel inadequate and just, ugly? Yes, I am one of those people! What do you think about me? What do you see isn't the same with I had been through. Me, just me, and myself. A person who biologically borned male and it's a fact which it would never change. But, sometimes, I just love playing around with girls' stuff. Put some make up on my beautiful face or walking around with those extremely high heels. The fact that I am a man, well, I accept that, actually, I am living as a man with a woman's intelligent brain. How's that? Exciting right? The fact that I am a beauty with brain, I am not a transgender. Whatever you might have in your mind or you happened to utter, calling names, it just does not make me any more masculine or less feminine because, I am a woman by choice and a man by fate... if you can accept that, I can force you, it's your choice. A fat bitch struggling to be a skinny bitch.

Monday, 22 August 2011

WARKAH BUAT SAHABAT..




warkah buat sahabat

persahabatan tak akan bererti
kalau sanggup di gadai
hanya kerana keegoan diri
mengejar cinta lelaki
pada kasih yang tak pasti
kenapa persoalan ini muncul di hati
kerana aku melalui
kerana aku tersepit di sini
di antara kasih sahabat dan lelaki
manakah mungkin kau yakini
pada jalinan persabatan yang hakiki
atau cinta lelaki yang penuh ilusi
aku disini setia menanti
kerana engkau sahabat di hati
ku relakan diri melangkah pergi
agar engkau bahagia diberkati
bersama si dia pilihan hati
diri ini tak perlu kau ragui
takdir yang berlaku ku ikhlaskan hati
agar ukhuwah tak pernah berhenti
walau maut menjemput diri
kutahu semuanya takkan bererti
andai tiada persefahaman dihati
tiada khilaf yang perlu kau tangisi
tiada dendam yang perlu aku lunasi
yang terjadi tak perlu kita sesali
hanya kepercayaan penguat janji…





Saturday, 13 August 2011

MUNGKINKAH?


Mungkinkah?
Mungkinkah bersatu dua hati
Walau hanya dialam mimpi
Kernaku tahu ini fantasi
Kuturutkan jua hati berilusi
Walau aku sendiri mengerti
Kau bahagia disisi hari
Bersama musim silih berganti
Hati ini tak pernah berhenti
mengharapkan magis itu terjadi
walau telah lama aku sedari
itu semua tak pasti
kerna aku setia disini
kerna aku masih menanti
walau sampi kepenghujung hari
takkan pernah aku sesali
kerna cintaku cinta hakiki
walau engkau tak pernah mengerti...

~

Sunday, 10 July 2011

Bersimpuh Dihamparan Kepiluan...

Aku bersimpuh di hamparan kepiluan
Menghabiskan sisa hidupku
Bertemankan air mata
Ku kutip segala nostalgia indah
Ku jadikan azimat
Untukku tetap tabah
Bersimpuh di hamparan kepiluan
Walau setiap saat hati ini berkata
Mungkin tiada harapan untuk aku
Berdiri di samping kebahagiaan
Tetapi fikiran ini sering menafikannya
Aku tetap bersyukur
Selagi aku mampu bresimpuh
Walaupun bersimpuh di hamparan kepiluan
Selagi nyawaku masih ada
Dan nafasku belum berhenti
Aku akan terus mengharapkan kebahagian
Andai ini hanya mimpi
Tiada kudratku untuk melawan
Aku redha kembali kepadamu
Tapi sebelum aku menutup mata
Aku ingin mengecapi kebahagian
Walau hanya seketika
Jika inilah takdirku
Biarlah aku pergi dalam ketenangan
Walau pun aku tidak mampu
Berdiri di samping kebahagiaan
Mungkin disana aku akan bahaia
bahagia menghadapmu
tuhanku..
ya rabbul izzati

Sunday, 1 May 2011

Catatan Duka Seorang Primadona....

mendongak megah di persada awangan
walau bersimpuh kejp di bumi
hidup gah seorang primadona
hiasan mahkota ego semata
mengejar indah kiasan duniawi
menginjak keji nista insani
hilanh kesucian ukhrawi tergadai
demi kemashuran di layar kehidupan
biar tersungur ku terus merangkak
dendam terus berakar umbi
takkan terhenti denyut benci
takkan luluh d\hasad dan degki
kasih dan sayang jadi taruhan
bila cinta hanya mainan
kerana iblis beraja di hati
maaf kini tuidak bererti
selagi darah tidsak mengalir
membasuh setai khilaf
sumpah seranah umpat dan caci
ikutkan hati akhirnya mati
kini dosa suda sebati
bersarang di dalam jasad sendiri
hilang suara dan jati diri
adakah hidup masih berharga
tanpa tuhan dah ioman di hati
hanya......
kerana dia primadona yang paling gemilang
di pentas petualang!!!!!